Workers on a road construction

Pengenalan Syarikat

Gemilang Jati Construction adalah sebuah perniagaan yang didaftarkan ​pada 9 Disember 1998 dibawah Akta Pendaftaran 1956 (Pindaan 1978) ​untuk menceburi dalam bidang pembinaan, perkhidmatan dan ​pemasaran.


Syarikat ini dimiliki oleh bumiputera sepenuhnya dan operasi syarikat ​dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih, cekap, amanah dan ​berpengalaman luas. Syarikat ini diuruskan oleh Nur Syahira Binti Rais ​selaku pengurus syarikat yang mempunyai kelulusan dalam bidang ​Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pembinaan serta ​mempunyai modal pusingan perniagaan berjumlah RM100,000.00.


Pada masa sekarang syarikat ini berdaftar dengan CIDB bagi gred G2, ​mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Kontraktor Kerja ​Taraf Bumiputera (TB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Objektif utama syarikat ini ialah memperluaskan lagi bidang kerja ke ​tahap yang lebih memuaskan serta bercadang untuk bergiat lebih aktif ​dalam sektor pembinaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Jenis Perniagaan

Bahan Binaan, Kejuruteraan Awam, Tenaga Buruh, Makanan, Barang Runcit, Alat Tulis, Alatan Pejabat, Pakaian,

Mencuci Bangunan Dan Kawasan, Bahan Bacaan, Alat Pemadam Api, Hiasan Dalaman, Pertanian Serta Ternakan

Workers Building at Construction Site

PEMBINAAN BANGUNAN

Civil engineering construction

PEMBINAAN KEJURUTERAAN

AWAM

Electrical System Installation Wirings

MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

Projek Terbaru

Senarai Pelanggan